PRESIDENT'S ADDRESS
PRESIDENT'S ADDRESS
Ucapan Tahniah!
Bagi pihak Majilis Datuk Dato’ Malaysia (MDDM), dengan sukacitanya saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengumumkan pendaftaran MDDM telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan pada 4 Mei 2021 dengan pendaftaran nombor pendaftaran PMM-036-10-04052021.
MDDM telah ditubuhkan bersandarkan kepada keperluan mewujudkan satu organisasi yang sah dan berdaftar bagi menyediakan wahana dan ‘platform’ kepada penerima-penerima darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk dan Dato’, termasuklah Dato’ Seri, Dato’ Sri, Datuk Seri, Datuk Seri Panglima, Datuk Wira, Dato’ Indera dan seumpamanya yang dikurniakan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, KDYMM Raja-Raja Melayu dan TYT Yang Di-Pertua Negeri MDPM

Keahlian MDDM hanya dibuka kepada penerima-penerima darjah kebesaran yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia di mana MDDM melaksanakan proses saringan yang ketat bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar layak diterima sebagai ahli. Ini bertujuan bagi mengelakkan penyalahgunaan gelaran-gelaran tertentu, sama ada yang palsu atau tidak diiktiraf, yang meyalahi undang-undang. terutamanya Akta 787 (Akta Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Anugerah 2017).
Secara ringkasnya, MDDM ditubuhkan bagi tujuan berikut:
1. Megeratkan silaturrahim dan persefahaman di kalangan semua Datuk dan Dato’ yang diiktiraf di Malaysia;
2. Mewujudkan satu identiti selaras dengan pengiktirafan yang dianugerahkan;
3. Membina satu platform bagi jaringan ekonomi di kalangan ahli-ahli;
4. Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti tertentu bagi membantu mereka yang kurang bernasib dan mempromosikan konsep Masyarakat Penyayang;
5. Memperolehi dan memajukan asset milik MDDM;
6. Mempromosikan semangat patriotisme dan mempertahankan prinsip Rukun Negara.
Justeru, diharapkan ahli-ahli MDDM dapat memperkukuhkan lagi hubungan erat dan menggembeling tenaga dan sumber bagi tujuan mencapai objektif MDDM, demi kebaikan kita bersama dan Negara kita yang tercinta.
Sekali lagi, taniah daripada saya dan selamat datang ke MDDM!
Salam hormat dari kami,
Majlis Datuk Dato’ Malaysia
Datuk Awalan Abdul Aziz, PJN, JSD.
Presiden MDDM